Pengikut

Khamis, 18 Mac 2010

Ilmu Hisab


Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf
" Bismillahir Rahmanir Rahim ". Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah.
Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 ( Bismillah ), 8 ( al-Rahman) dan 6 ( al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21. Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat Bismillahirrahmanirrahmim dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.
5 30 30 1
alif + lam + lam + ha = Allah
1 + 30 + 30 + 5 = 66


Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:
mim ya ha ra lam alif nun mim ha ra lam alif ha lam lam alif mim sin ba
40 10 8 200 30 1 50 40 8 200 30 1 5 30 30 1 40 60 2
2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786




1 ulasan: