ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK CIPTAANNYA
Sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui bagaimana manusia yang diciptakanNya. Dia tahu betapa lemahnya manusia dan Dia juga tahu dimana kekuatan manusia itu. Firman Allah Taala:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah ayat 216)
Allah menurunkan lslam yang bertindak bukan sahaja memenuhi spiritual manusia, tetapi juga akal dan jasad. Islam bukan sahaja agama, tetapi merupakan satu sistem kehidupan. Bukan sahaja satu peraturan, tetapi juga satu tatacara untuk mengajak manusia menghayati kehidupan yang sebenar.
Realistic vs idealistic
Dalam kehidupan di dunia, segala apa yang dilalui dikatakan realistic. Namun harapan, perkara yang sepatutnya berlaku, impian, cita-cita dan perancangan maka itu adalah idealistik. Ia belum lagi satu reality.
Sebahagian orang mengatakan bahawa apa yang dibawa oeleh Islam ialah satu perkara yang idealistic. Malah lebih jauh lagi ada antara mereka mengatakan bahawa apa yang dibawa oleh Islam ialah sesuatu yang tidak sesuai dengan realistic kehidupan manusia. FirmanNya:
“sesiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, maka segala amalnya tidak akan diterima dan dia di akhirat kelak tergolong daripada kalangan orang yang rugi” (al-Imran ayat85)
Islam sememangnya ideal kerana datangnya daripada Allah Yang Maha Sempurna. Di sinilah kita perlu faham…Islam nampak tidak realistic kerana yang mengamalkannya ialah orang yang lemah dan rapuh kehidupannya.
“Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara total (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya mereka itu musuh kamu yang nyata” (al-Baqarah ayat 208)
sedikit perkongsian daripada karangan ustaz Hilal Asyraf (LANGIT LAHI)
"WALAU DIRI SERINGKALI ALPA,
WALAU DIBEBAN SEGUNUNG DOSA,
WALAU JAUH DARI RAHMATNYA,
TUHAN TIDAK LUPAKAN KITA..."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan