Pengikut

Isnin, 25 Januari 2010

Konsep Jihad


JIHAD MENURUT ISLAM

"Jihaad" yang terdiri dari tiga huruf akar kata "j-h-d" diartikan dalam
bentuk kata benda sebagai: usaha, upaya dan karya; penggunaan,
penyelenggaraan, pemerasan dan pengerahan tenaga; kegiatan dan semangat; kerajinan dan ketekunan, penderitaan dan kesusahan). Khusus untuk kata jadian (derivatif) "jihad" dan Mujaahadat" diartikan: berjuang melawan kesulitan-kesulitan; memerangi orang-orang kafir.
Dari segi bahasa secara garis besarnya, jihad dapat diartikan sebagai: Penyeruan (ad dakwah), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran (amar ma'ruf nahi munkar), Penyerangan (ghazwah), pembunuhan (qital), peperangan (harb), penaklukan (siyar) menahan hawa nafsu (jihad an-nafs), dan lain yang semakna dengannya ataupun yang mendekati (Hilmi 2001,131).

Jihad dapat digolongkan dalam 2 golongan iaitu:
1. Jihad besar atau Al Akbar,
2. Jihad kecil atau Al Asghar.

Bentuk-bentuk jihad dalam agama Islam:
1. Jihad melalui Dakwah, iaitu melalui fikiran dan pengetahuan.
2. Jihad dengan pengerahan senjata (perang).
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan
Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu
bangunan yang tersusun kokoh. (As- Saff:4).
3. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa :”Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Fir´aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu”. (Ali Imran :49)

Imam Raqib al Isfani menyebut 3 erti dari jihad:
1. Berjuang melawan musuh yang nyata, iaitu memerangi manusia
yang dianggap kafir kerana berbeza agama.
2. Bejuang melawan nafsu, iaitu keinginan buruk dalam diri sendiri.
3. Berjuang melawan syaitan.

Sedangkan menurut Ibnu Dayyin al Jauziah, Jihad terdiri dari 4 martabat:
1. Jihad hawa nafsu, iaitu peperangan dalam diri orang tersebut untuk mengalahkan nafsu jahat.
2. Jihad terhadap syaitan.
3. Jihad terhadap orang-orang kafir, iaitu merekanyang tidak beragama Islam.
4. Jihad terhadap orang-orang munafik, iaitu mereka yang mengaku
beragama Islam tetapi hidupnya tidak didasarkan dengan ajaran Islam.

Dari Abu Aisyah binti Thalhah ia berkata, mengkhabarkan kepadaku Aisyah Ummul mukminin r.a, berkata: "Ketika aku berkata kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, apakah tidak lebih baik kalau kami keluar ikut berjihad bersamamu, kerana dalam Al-Quran tiada aku lihat amalan yang lebih utama daripada jihad." Jawab beliau: "Tidik, kerana sebaik-baik jihad ialah haji yang mabrur".

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)". (Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad)

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas” (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Perang jihad bukanlah fardu `ain pada setiap masa. Pendapat yang kuat ialah jihad hukumnya fardu kifayah. Ini adalah pendapat (jumhur) majoriti para fuqaha. Dalil mereka ialah firman Allah, maksudnya:
“Tidaklah sama kedudukan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) di kalangan orang-orang yang beriman tanpa keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Setiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan al-husna (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar."( Dr. Abu Syariah, Nazariyyah al-Harb, m.s. 109, cetakan: Maktabah al-Falah, Mesir)

Firman Allah juga, maksudnya:
“Dan tidak sepatutnya mereka yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga."( Surah al-Taubah: 122)

Di sisi jumhur (majoriti) ulama, dalil-dalil ini menunjukkan bahawa al-jihad al-qitali atau berperang di jalan Allah bukannya fardu `ain, sebaliknya ianya adalah fardu kifayah.
Namun begitu para ulama kesemuanya bersepakat bahawa dalam beberapa keadaan tertentu, jihad yang fardu kifayah tersebut bertukar menjadi fardu `ain. Keadaan-keadaan itu ialah:

1. Keadaan Pertama
Apabila tanahair umat Islam diserang oleh musuh. Ketika itu jihad menjadi fardu `ain. Tiada beza dalam keadaan ini samada yang tua dan muda. Kewajipan ini terlebih dahulu, mesti dilaksanakan oleh penduduk yang diserang oleh musuh. Kemudiannya ke atas penduduk muslimin yang berjiran dengan mereka -jika pertolongan mereka diperlukan-. Seterusnya ke atas seluruh umat, jika mereka diperlukan untuk menyelamatkan nrgeri tersebut.

Kata al-Imam al-Nawawiy (wafat 676H):
“Jihad itu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atas yang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa. Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`i) jihad pada hari ini (pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerang sesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ain ke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke atas penduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya”(al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut)

Kata al-Jasas (wafat 370H):
“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin”(Ahkam al-Quran, 4/312)
Ini semua di atas dasar umat Islam adalah bersaudara. Sempadan geografi dan politik tidak boleh untuk memisah persaudaraan yang dibina di atas akidah dan tauhid.

2. Keadaan Kedua
Apabila pemerintah memilih dan menentukan individu atau golongan tertentu untuk pergi berperang, maka wajib mereka mentaatinya. Ianya menjadi fardu `ain ke atas mereka. Ini berdasar firman Allah yang kita sebutkan di awal tajuk (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih sukakan kehidupan dunia melebihi akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi berperang pada jalan Allah (membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Taubah 38-39)

Juga dalam riwayat daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiada lagi hijrah (dari Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintah untuk berperang, maka berangkatlah”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Adalah perlu diingatkan bahawa apabila pemerintah muslim meminta rakyat berjihad bersamanya menghadapi kuffar maka wajib mereka mentaatinya tanpa perlu melihat kepada peribadi pemerintah samada dia seorang yang adil atau zalim. Ini kerana persoalan menentang musuh-musuh Allah demi mempertahankan agama adalah kewajipan yang tidak terhenti atau terbatal hanya disebabkan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah. Apabila rakyat pasti apa yang diajak oleh sesebuah pemerintahan itu benar-benar jihad yang dituntut oleh Islam, maka wajib menyahut seruan tersebut sekalipun sebelum ini pemerintah itu bukan seorang yang baik.

Demikian juga apabila pemerintah mengajak kepada sesuatu kebaikan maka tidak perlu dipertikaikan keperibadiannya dalam memberikan ketaatan. Inilah perkara yang diingatkan oleh para ulama sejak dahulu lagi iaitu; umat wajib mentaati pemerintah yang muslim dalam persoalan kebaikan dan kebajikan. Antaranya al-Imam Abu Daud (wafat 275H) memasukkan dalam sunannya iaitu Sunan Abi Daud di dalam Kitab al-Jihad bab Fi al-Ghazw ma`a aimmah al-Jaur (bab mengenai berperang bersama dengan pemimpin-pemimpin yang zalim).

Kata al-Khattabiy (wafat 388H):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama-sama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ianya wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya”(al-Khattabiy, Ma`alim al-Sunan, 2/ 357, cetakan: Dar al-Ma’rifah, Beirut)

Demikian juga kata al-Imam Abu Uthman al-Sabuni (wafat 449H):
“Ashab al-Hadith (ulama hadith) berpegang bahawa hendaklah bersolat jumaat, hariraya dan selainnya di belakang pemerintah yang muslim, samada dia (pemerintah tersebut) seorang yang baik atau jahat. Juga ashab al-hadith (ulama hadith) berpegang bahawa kewajipan jihad menentang kuffar bersama dengan pemerintah sekalipun mereka itu zalim dan jahat” (Abi Uthman al-Sabuni, `Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith, m.s. 106, cetakan: M. al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah)

3. Keadaan Ketiga
Ketika bertembung antara tentera Islam dan kuffar atau apabila tercetus peperangan. Ketika itu haram bagi sesiapa yang berada di medan tempur lari meninggalkan medan. Ianya menjadi fardu `ain ke atas diri tentera yang berada di medan untuk turut berperang bersama dengan para pejuang yang lain. Haram sesiapa pun berpaling dan lari meninggalkan medan perang.

Firman Allah, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya." (Surah al-Anfal: ayat 45).

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
“Wahai manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayangan pedang”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:
“Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik, yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan zina serta beriman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah bersama-sama kita renungkan konsep jihad dalam pengertian sebenarnya. Malah sering kali kita keliru akan maksud jihad yang sebenarnya. Jihad yang utama adalah memerangi hawa nafsu dan akan bertukar mengikut keperluan dan kewajipan seperti jihad mencari ilmu ataupun apa2 jihad dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi iniA.

Amanah bukan perkara mainan...


KAITAN AMANAH DENGAN ISLAM


Amanah adalah satu tanggungjawab yang telah dipegang oleh makhluk-makhlukNya sama ada yang berakal ataupun tidak berakal. Tanggungjawab ini adalah ikatan di antara hamba dan tuhannya, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Manusia dalam sedar atau tidak adalah pemimpin terhadap dirinya, pemimpin keluarga dan boleh menjadi pemimpin masyarakat dan negara.

Malah di dalam al-Quran ada menceritakan:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi?padahal orang itu akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (al-Baqarah:30)

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan ( ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut dilakukan" (Al-Ahzab: 72)

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya; dan apabila kalian menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kalian menetapkan hukum dengan adil.” (An-Nisa: 58)

“Setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya. Amir adalah pemimpin dan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang mereka. Lelaki adalah pemimpin di tengah keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan tentang mereka. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan atas anak-anaknya dan ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentangnya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia akan diminta dipertanggungjawabkan tentang itu. Dan setiap kalianadalah pemimpindan akan diminta dipertanggungjawabkan tentang kepemimpinannya.” (Muttafaq ‘Alaih)

“Jika amanah diabaikan maka tunggulah kiamat.” Sahabat bertanya, “Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.”
(Al-Bukhari)

“Allah telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wahyukan kepada Ibrahim, Musa, dan Isa, yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah-belah tentangnya.” (Asy-Syura: 13)

“Tidaklah sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama.” (At-Taubah: 122).

Ayat-ayat tersebut jelas menunjukkan tentang amanah manusia yang perlu dipikul sama ada tugas sebagai pemimpin dan sebagai da’i. Oleh itu, marilah kita sama2 merenung diri kita yang serba kekurangan ini agar dapat menjaga dan memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi dengan adil dan saksama.

Jumaat, 22 Januari 2010

BICARA MAHASISWA

MEMPOLITIKKAN TARBIYAH ATAU MENTARBIYAHKAN POLITIK
DIMANA TITIK PERSAMAAN???

anjuran PERDANA UKM
pada malam ini 22/01/2010
jam: 8-9 mlm
tempat:3f302


DINAR EMAS

Perhatian buat semua anak ganu yang berminat mengikuti program Dinar Emas anjuran PERDANA UKM pada 24hb Januari 2010 (Ahad). Persatuan sedia menyumbang sebanyak RM5 setiap seorang bagi membantu meringankan beban yuran sebanyak RM20 tersebut. Oleh itu, sesiapa yang berminat menyertai program tersebut sila hubungi :

1) Kak Nisa - 0139470310
2) Halim - 0132124817

Ahad, 17 Januari 2010

LAMBAIAN AL-HAMBRA

Salam ziarah kuhulurkan,
Buatmu roh nenek moyang para syuhada',
Kaulah pencetus zaman silam,
Dalam melakar tamadun Andalusia…

Daku hanyalah pencinta sejarah,
Dari timur menjejak warisan,
Hanya pena menjadi saksi,
Diatas catatan untuk generasi depan…

Biarpun sukar untuk diungkapkan,
Namun, ku tetap sayu dalam igauan,
Untukmu Rumah Suci di Toledo Cordova,
Turut kutangisi dengan lambaianmu al-Hambra,
Biarpun bukan milik kita lagi untuk diwarisi,
Pasti tetap milik Islam untuk dulu, kini dan selamanya…

Bangunan kota al-hambra gah berdiri,
Biarpun jauh ditelan zaman,
Kekaguman dek ukiran ayat suci kurasai,
Nyata kalimah itu masih terlakar megah,
Namun, kekesalan jelas terpancar,
Pada patung salib yang tidak diundang…

Untukmu para pejuang agama,
Teruskan usaha hingga tercapai,
Janganlah berpecah dan mementingkan dunia,
Kerana jelas tuhan telah berfirman,
Bersatulah wahai umat Islam…..


Sajak ini direka khas untuk mereka para syuhada', pencinta sejarah dan pejuang agama Islam. Pasti, Islam akan menang menuju kegemilangannya…Insyaallah.

video

Selasa, 5 Januari 2010

KALIMAH ALLAH



Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengenai permohonan akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah telah mencetuskan kontreversi di kalangan umat Islam.

Mengapa dan kenapa Mahkamah Sivil yang mengendalikan perkara ini sedangkan ianya sepatutnya di bawah kuasa Mahkamah Syariah?
Malah sungguh zalim membiarkan perkara ini diadili oleh orang Kristian sendiri apabila hakimnya berbangsa Cina Kristian.
Sememangnya akta dan peraturan hanyalah alat yang dipandang sinis. Perlembagaan Malaysia yang ada masih tidak dapat menjamin agama Islam dari digugat. Namun, jangan dilupa matlamat tidak menghalalkan cara.

Dimana letaknya maruah Islam???. Mereka golongan kuffar sewenang-wenangnya cuba menghancurkan Islam. Penggunaan kalimah Allah antara Islam dan golongan bukan Islam amatlah bertentangan dari segi makna dan aqidah. Agama Islam menjaga kesucian kalimah ALLAH sebagai "tuhan yang maha esa". Namun, bagi golongan Kristian , konsep ketuhanan mereka adalah "Trinity". Mana mungkin Allah itu tuhan bapa, tuhan anak dan holy spirit. Bagi mereka tuhan mereka adalah Jesus. Dalam Islam, Jesus ialah Nabi Isa dan hanya merupakan seorang nabi.

Apakah akan berlaku pada tahun 2010 dalam era 1Malaysia ini. Apakah 1 Malaysia perlu berkongsi segala-galanya. Oh tidak!!!. kita perlu bertegas. Marilah sama2 kita sebagai umat Islam membela agama kita. Kita perlu selamatkan kemurnian Islam dan aqidah umat Islam. Keputusan tidak masuk akal ini bakal mengundang masalah besar terutama kepada anak-anak kecil yang mula memikirkan konsep ketuhanan.