Pengikut

Ahad, 17 Januari 2010

LAMBAIAN AL-HAMBRA

Salam ziarah kuhulurkan,
Buatmu roh nenek moyang para syuhada',
Kaulah pencetus zaman silam,
Dalam melakar tamadun Andalusia…

Daku hanyalah pencinta sejarah,
Dari timur menjejak warisan,
Hanya pena menjadi saksi,
Diatas catatan untuk generasi depan…

Biarpun sukar untuk diungkapkan,
Namun, ku tetap sayu dalam igauan,
Untukmu Rumah Suci di Toledo Cordova,
Turut kutangisi dengan lambaianmu al-Hambra,
Biarpun bukan milik kita lagi untuk diwarisi,
Pasti tetap milik Islam untuk dulu, kini dan selamanya…

Bangunan kota al-hambra gah berdiri,
Biarpun jauh ditelan zaman,
Kekaguman dek ukiran ayat suci kurasai,
Nyata kalimah itu masih terlakar megah,
Namun, kekesalan jelas terpancar,
Pada patung salib yang tidak diundang…

Untukmu para pejuang agama,
Teruskan usaha hingga tercapai,
Janganlah berpecah dan mementingkan dunia,
Kerana jelas tuhan telah berfirman,
Bersatulah wahai umat Islam…..


Sajak ini direka khas untuk mereka para syuhada', pencinta sejarah dan pejuang agama Islam. Pasti, Islam akan menang menuju kegemilangannya…Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan