6 PERTANYAAN IMAM AL GHAZALI
Imam Al Ghazali dikenal sebagai ulama besar. Di akhir hidupnya beliau lebih menekankan tasawuf. Karya besar beliau berjudul Ihya Ullumudin. Sedangkan karya yang lain adalah 'Tahafut Al-Falasifah' kerancuan berpikir ahlu filsafat. Buku ini menjadikannya polemik dengan Ibnu Rusdy (setelah Al-Ghazali meninggal).
Imam Al Ghazali mempunyai 6 pertanyaan penting:
1. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.Kemudian,
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
2. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan mereka berikan adalah benar. Namun, yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan cara yang sesuai dengan tuntutan Agama.
3. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi,dan matahari.
Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
4. "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menerima permintaan Allah SWT, sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana ia tidak amanah dengan tanggungjawab.
5. "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali. Namun, yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Untuk melakukan sesuatu pekerjaan kita sanggup meninggalkan solat walaupun tanpa keuzuran.Bahkan untuk study kita sanggup tidak tidur inikan pula qiam.
6. "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Ini kerana,melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri dengan pelbagai perkara yang tidak disukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan