Pengikut

Rabu, 4 November 2009

coretan hatiku..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah ana masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi ini dengan nikmat yang diberi olehNya. Moga2 kita semua dalam rahmat dan diberkati olehNya. Apa ana nak coretkan yea...hmm, rasanya blog ana ini baru berusia 2bulan 5hari. Sebenarnya malas nak buat blog cz tiada masa nak melayannya. Tapi, akhirnya ana buat juga atas dorongan sahabat tersayang. Cepatnya masa yang berlalu meninggalkan diriku ini yang masih lagi dahaga untuk terus mencari ilmu tuhan. Ya! tidak dinafikan betapa kerdilnya diri kita berbanding tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Malah dalam surah al-Kahfi ayat 1o9 Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Sekiranya seluruh lautan ini menjadi tinta (dakwat) menulis ilmu2 tuhan, nescaya lautan itu akan habis dahulu sebelum ilmu2 tuhan habis ditulis. Subhanallah....!

Hari ini daku masih lagi terkenangkan arwah datuk yang dipanggil "Tokki". Arwah datuk telah pergi meninggalkan diri ini sejak bulan 3 lps, kiranya 7 bulan 16 hari mengikut perkiraanku. Datukku telah disahkan meninggal pada hari Jumaat malam hari Sabtu. Pada malam tersebut, aku dan sahabat2 tengah tekun study kt surau cz nk exam pagi esok. Tengah2 study akakku hantar mesej tokki sakit tenat. Aku terkejut! Ya Allah...macam mana ni? nak balik!!!. Kemudian, abangku pula call dan mengatakan datukku telah tiada. Menurut abangku lagi, jenazah tokki akan dikebumikan pada tengah hari esok dan abangku yang kerja kat KL akan terus pulang pada malam tersebut. Aku meronta nak balik tetapi apakan dayaku...esok exam paper pertama ku pada sem 2. Sememangnya pada malam tersebut diriku amat tabah tetapi tangisanku tetap keluar. Ish2 sedih betul waktu itu. Kemudian, apa lagi..sahabat2 ku terus memujuk dan memberi dorongan agar terus bersabar dan fokus untuk exam esok. Apapun, aku sentiasa mendoakan semoga Allah menempatkan datukku di kalangan orang yang soleh dan mengampunkan dosa2nya.

Akhirnya, jenazah datukku selamat dikebumikan . Keluargaku memberitahu bahawa sanak saudaraku yang jauh turut pulang. Begitu juga, penduduk kampung yang datang menziarahi turut membanjiri rumah pak saudaraku. Datukku menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah pak saudaraku yang terletak lebih kuarang 2oo m dari rumahku. Mengenang kembali saat bersama arwah amat sukar untuk dilupakan dari ingatanku. Arwah datukku adalah seorang baik, penyayang dan suka menolong orang ramai. Datukku juga mempunyai ilmu yang dianugerahkan tuhan seperti pakar merawat kaki, pakar menilik tarikh yang sesuai untuk berkahwin dan banyak lagi yang aku tidak tahu. Huhu...tak tahu sangat cuma biasa tengok orang2 datang ke rumah datukku meminta pertolongan betulkan kaki budak2 kecil dan macam2. Alhamdulillah juga kerana datukku adalah kaki surau. Malah datukku amat terkenal kerana usianya yang amat tua lebih kurang 1o2 tahun semasa meninggal dunia.

Mengenang kembali memori silam di alam kanak-kanak bersama datukku. Biarpun usia sudah meningkat tetapi kesihatan dan kekuatan datukku amat baik. Datukku adalah seorang petani dan selalu menanam sayur-sayuran di halaman rumahku dengan bantuan ibuku yang dipanggil emak. Malah, kami adik-beradik sentiasa menolong menjaga kebun tersebut dengan menyiram atau membungkus sayuran tersebut agar tidak digigit atau dimakan oleh serangga dan burung. Di antara sayuran yang ditanam seperti petola, kacang bendi dan timun. Selain itu juga, datukku memelihara beberapa ekor lembu. Oleh itu, aku sudah biasa dengan haiwan bernama lembu walaupun diri ini tidak memakan daging selain daging ayam sahaja. Bukan memilih yea...tapi dah suratan takdir tidak boleh makan daging lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Orang cakap diriku rugi tidak makan itu semua...tapi diriku ok je, tak kisah cz dah memang tak boleh dan tak teringin pun untuk memakannya. Kembali kepada lembu2 datukku...aku juga telah biasa dengan lembu yang melahirkan anak. Huhu..teringat pulak pada anak lembu yang comel.

Semasa diriku sekolah rendah dahulu, datukku sakit. Maka, lembu2 datukku dijaga oleh pak saudaraku tetapi lama-kelamaan telah dijual. Datukku seorang yang mementingkan pelajaran. Oleh itu, datukku sentiasa berpesan agar belajar rajin-rajin. Abangku pula adalah remaja yang ramai kawan dan sering keluar. Oleh itu, datukku tidak suka kerana nak suruh study je.Tetapi, datukku amat suka jika kawan abangku datang bawa buku. Datukku selalu tanya kalau abangku keluar dengan kawannya adakah kawannya bawa "book". Hm, orang tua-tua panggil book tak panggil buku. Malah, datukku telah berjanji akan memberi hadiah sekiranya dapat result nombor 1,2 @ 3 sewaktuk kami adik beradik sekolah rendah dahulu. Maka, sewaktu darjah 4 diriku telah mendapat nombor 3 dan tidak disangka-sangka datukku telah membelikan sebuah basikal berwarna merah untukku. Alhamdulillah, dengan basikal tersebut keluargaku menumpang tuah sekali.

Oh..terlalu banyak memoriku bersama arwah datuk. Sewaktu diriku berumur 6-9 tahun agaknye...kami sekeluarga selalu picnic di dusun datukku yang dipanggil "dalam teluk". Di dusun tersebut terdapat pohon durian, pokok getah, pokok rambutan, pokok duku, langsat dan sebagainya. Biasanya kami hanya berjalan kaki ke sana yang terletak lebih kurang 3oo m dari rumah. Hm...di sana kami selalu mandi manda. Pengalaman sewaktu di sana, aku pernah digigit tebuan. Sebenarnya tebuan tu tak nak gigit akupun. Kisahnya begini...abangku yang nakal itu (5 thn dariku) telah mengusikku dengan menghalakan tebuan ke arahku sewaktu di bawah bangsal. Yang lucunya tebuan tersebut tidak menggigit diriku tetapi lama kelamaan tindakan abangku telah menyebabkan tebuan tersebut menggigitku. Maka, seperti dicucuk jarum aku terus menjadi lemah kerana bisa tebuan itu. Selepas itu, abangku ketakutan dan menasihatiku agar berdiam diri agar tidak dihebohkan kepada keluargaku..Huhu...kesiankan! rasa nak demam waktu itu tapi alhamdulillah tak demam pun lepas peristiwa itu. Peristiwa ini satu-satunya diriku digigit binatang kerana biasanya diriku tidak pernah terkena gigitan seperti lebah. Huhu...diriku pernah terkena sengatan "peringat" ketika diriku menebas samak samun di halaman rumahku sewaktu aku sudah besar menjadi dewasa. Heheeeee....

Berbalik semula kepada datukku...aku merupakan pelajar sekolah menengah agama apabila telah berusia 13 tahun. Jarak dari sekolahku ialah 12km yang memaksaku tinggal di hostel. Waktu itu, akulah satu-satunya dalam keluarga yang tinggal di asrama. Yelah...nak ulang-alik amat susah. Apabila aku berumur 17 tahun...datukku sekali lagi sakit kuat. Biasalah penyakit orang tua. Pada waktu tersebut aku akan menduduki exam SPM. Oleh itu, diriku amat sedih dan bimbang akan kesihatan datukku. Malah, aku berhasrat ingin menganugerahkannya dengan kejayaanku dalam Spm. Akhirnya aku telah selesai menghadapi exam spm dan terus pulang ke rumah. Jarak rumahku dengan datukku amatla dekat. Oleh itu, sepanjang cuti aku menjaga datukku yang sakit. Datukku tinggal keseorangan dirumahnya setelah pak saudaraku yang bongsu berpindah rumah sewaktu aku sekolah rendah dahulu. Jadi, keluargakulah yang menjaganya. Kemudian, aku bersyukur datukku telah kembali sihat. Masih terbayang di ingatanku datukku berjalan dengan tongkat ke surau selepas dirinya separuh sihat. Malah kalau tak silap, bermula dari sakit inilah datukku mula menggunakan tongkat. Alhamdulillah sangat datukku telah sembuh sepenuhnya.

Setelah beberapa bulan, result SPM keluar dan aku bersyukur denga pencapaianku. Akhirnya aku ditawarkan diploma Pentadbiran Islam di Udm yang dulunya dikenali Kusza. Namun, diriku tidak teruju untuk belajar di sana dan ingin sambung ke form 6. Memang waktu itu, dugaan amat kuat kerana keputusanku mendapat tentangan saudara maraku. Namun, aku tidak pedulikan mereka dan akan ku buktikan STPM ku nanti melayakkanku ke IPT. Sebenarnya, aku pun think positif cz diorang takut aku tak mampu ambil form 6. Yelah..abangku pernah ambil Stpm 2 x. Nak buat cam ne dah tak ada rezeki. Seingatku, datukku tidak berkata apapun. Sewaktu nk sambung form 6, aku pun dilema nak sambung sekolah lama ambil course agama, kalau sambung sekolah biasa aku boleh ambil course akaun. Namun, akhirnya aku memilih sekolah lama kerana diriku bertekad untuk mengaut ilmu agama dahulu barulah ilmu-ilmu lain.

Dipendekkan cerita...Alhamdulillah result stpmku telah melayakkanku menyambung pengajian di UKM. Kalau stpm dahulu ambil Sejarah, Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan P. Am tetapi kini aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah. Aku menerima seadanya tawaran tersebut kerana mungkin course tersebut adalah terbaik untukku. Alhamdulillah kami seramai 5 orang telah ditawarkan oleh ukm. 2 orang termasuk diriku ambil Usuluddin, 1 orang lagi ambil Syariah, 1 orang (lelaki) dapat course Quran Sunnah dan sorang lagi FSSK course kerja sosial. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah lebih kurang 3 minggu sebelum mendapat tawaran tersebut, datukku telah diserang penyakitnya semula. Malah datukku telah diserang penyakit nyanyuk. Sejak dari itulah datukku tidak lagi solat dan makan bersuap. Kemudian adik-beradik emakku telah bergilir-gilir mengambil datuk untuk dijaga. Tidak lama kemudian rumah datukku telah di sewa oleh tuannya yang asal iaitu pak saudaraku yang bongsu. Kami sekeluarga memang amat sedih untuk melepaskan rumah tersebut tetapi apakan daya.

Seterusnya, aku telah mendaftar di ukm tanpa pengetahuan datukku. Namun, ku kira datukku mengetahuinya walaupun dirinya dalam keadaan separa sedar. Sewaktu sem 2 datukku telah sakit. Maka aku bergegas pulang bersama abangku. Kami berdua sampai dirumah pada malam tersebut dan melawat datukku di rumah pak saudaraku pada keesokan hari. Kemudian pada malam tersebut kami berdua terus bertolak ke Kl semuala. Sememangnya banyak kelas yang ku tinggal dan telah di marahi oleh Madam kerana tidak memberitahunya awal-awal. Ini adalah kerana aku sepatutnya membuat speech pada petang waktu aku balik ke kampung. Namun, setelah membuat surat (Bi) Madam menerimanya dan aku telak membuat speech tersebut. Setelah dekat seminggu kemudian datukku telah meninggal. Jadi, walaupun aku tak dapat balik sewaktu datuk meninggal, sekurang-kurangnya aku sempat bertemunya seminggu yang lepas.

Alhamdulillah sekarang ni dah sem 3 dan tengah exam. Tetapi satu penyakit telah menimpa diriku iaitu penyakit malas. Ya Allah! ampunkan diriku ini kerana lalai terhadap tanggungjawabku yang sebenar.... Walau apapun, diriku ini berhasrat untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah...

Setakat ini sahaja coretan dari diriku yang dhaif ini. Begitu banyak memori dalam kalbu dan ingatanku ini tp tak dapat diluahkan melalui tulisan lagi. Maafla tak ikut kronologi yang betul. Akhir sekali minta maaf banyak2 jika ada tersalah taip, tersalah ayat atau apa saja. Sekian...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan