sambung dari part 1...Friends
SAHABAT, SADIQAH, FRIEND....
Sahabat itu satu perhubungan antara manusia sesama manusia yang dikenali sebagai حبل من الناس.
Sahabat ini tidak kira sesama lelaki atau perempuan, namun batas pergaulan (ikhtilat) perlu dijaga.
Sabda Rasulullah saw: tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri.
Malah tidak dinafikan dalam perhubungan tersebut kita mempunyai satu perasaan yang sukar digambarkan..iaitu perasaan sayang menyayangi. Persahabatan banyak mengajar kita erti kehidupan agar kita saling bersabar, menasihati, serta saling membantu dalam menempuh liku-liku kehidupan. Ketika kita suka, dialah tempat berkongsi kegembiraan...begitu juga sebaliknya ketika duka dialah penawar.
Oleh itu, sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita suka duka, tidak meninggalkan kita keseorangan, malah membimbing kita ke jalan yang diredhai. Oleh itu sahabat2 carilah sahabat yang mampu mengajak serta membimbing kita agar dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Namun, jangan ditinggalkan mereka yang terkapai-kapai kerana kitalah penolong mereka agar tidak tersasar dari jalan yang lurus.
Bersahabat dengan orang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan tukang minyak wangi dan tukang besi. Sekiranya kita tidak membeli minyak wangi daripada tukang tersebut sekurangnya kita akan terkena baunya. Namun, jika berkawan dengan tukang besi, sama ada baju kita terkoyak kerana api ataupun baju menjadi hapak....RIWAYAT ABU DAUD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan