Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Detik bersama Rasulullah



Detik-detik Terakhir Kehidupan Nabi Muhammad saw

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, Baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”
Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengakafani Baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan Baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.
Ketika Abu Bakar r.a melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas r.a, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”

Malaikat Maut datang bertamu.
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu Baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil Baginda, saya katakan kepadanya bahawa Baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”
Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk Baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengKafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal r.a telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”
Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.
Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”
Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”
Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assidiq, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis ia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisi ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.
Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”
Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a.”
Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

________________________________________
Dipetik Dari Buku: 1001 Duka "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati".
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.

Pertanyaan Maut???

6 PERTANYAAN IMAM AL GHAZALI

Imam Al Ghazali dikenal sebagai ulama besar. Di akhir hidupnya beliau lebih menekankan tasawuf. Karya besar beliau berjudul Ihya Ullumudin. Sedangkan karya yang lain adalah 'Tahafut Al-Falasifah' kerancuan berpikir ahlu filsafat. Buku ini menjadikannya polemik dengan Ibnu Rusdy (setelah Al-Ghazali meninggal).


Imam Al Ghazali mempunyai 6 pertanyaan penting:

1. "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman,dan kerabatnya.Kemudian,
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan mereka berikan adalah benar. Namun, yang paling benar adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan cara yang sesuai dengan tuntutan Agama.

3. "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawah gunung, bumi,dan matahari.
Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4. "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.
Semua jawaban itu benar, kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin)
di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menerima permintaan Allah SWT, sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana ia tidak amanah dengan tanggungjawab.

5. "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali. Namun, yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Untuk melakukan sesuatu pekerjaan kita sanggup meninggalkan solat walaupun tanpa keuzuran.Bahkan untuk study kita sanggup tidak tidur inikan pula qiam.

6. "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Ini kerana,melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri dengan pelbagai perkara yang tidak disukai.

Rabu, 4 November 2009

coretan hatiku..

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah ana masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi ini dengan nikmat yang diberi olehNya. Moga2 kita semua dalam rahmat dan diberkati olehNya. Apa ana nak coretkan yea...hmm, rasanya blog ana ini baru berusia 2bulan 5hari. Sebenarnya malas nak buat blog cz tiada masa nak melayannya. Tapi, akhirnya ana buat juga atas dorongan sahabat tersayang. Cepatnya masa yang berlalu meninggalkan diriku ini yang masih lagi dahaga untuk terus mencari ilmu tuhan. Ya! tidak dinafikan betapa kerdilnya diri kita berbanding tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Malah dalam surah al-Kahfi ayat 1o9 Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Sekiranya seluruh lautan ini menjadi tinta (dakwat) menulis ilmu2 tuhan, nescaya lautan itu akan habis dahulu sebelum ilmu2 tuhan habis ditulis. Subhanallah....!

Hari ini daku masih lagi terkenangkan arwah datuk yang dipanggil "Tokki". Arwah datuk telah pergi meninggalkan diri ini sejak bulan 3 lps, kiranya 7 bulan 16 hari mengikut perkiraanku. Datukku telah disahkan meninggal pada hari Jumaat malam hari Sabtu. Pada malam tersebut, aku dan sahabat2 tengah tekun study kt surau cz nk exam pagi esok. Tengah2 study akakku hantar mesej tokki sakit tenat. Aku terkejut! Ya Allah...macam mana ni? nak balik!!!. Kemudian, abangku pula call dan mengatakan datukku telah tiada. Menurut abangku lagi, jenazah tokki akan dikebumikan pada tengah hari esok dan abangku yang kerja kat KL akan terus pulang pada malam tersebut. Aku meronta nak balik tetapi apakan dayaku...esok exam paper pertama ku pada sem 2. Sememangnya pada malam tersebut diriku amat tabah tetapi tangisanku tetap keluar. Ish2 sedih betul waktu itu. Kemudian, apa lagi..sahabat2 ku terus memujuk dan memberi dorongan agar terus bersabar dan fokus untuk exam esok. Apapun, aku sentiasa mendoakan semoga Allah menempatkan datukku di kalangan orang yang soleh dan mengampunkan dosa2nya.

Akhirnya, jenazah datukku selamat dikebumikan . Keluargaku memberitahu bahawa sanak saudaraku yang jauh turut pulang. Begitu juga, penduduk kampung yang datang menziarahi turut membanjiri rumah pak saudaraku. Datukku menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah pak saudaraku yang terletak lebih kuarang 2oo m dari rumahku. Mengenang kembali saat bersama arwah amat sukar untuk dilupakan dari ingatanku. Arwah datukku adalah seorang baik, penyayang dan suka menolong orang ramai. Datukku juga mempunyai ilmu yang dianugerahkan tuhan seperti pakar merawat kaki, pakar menilik tarikh yang sesuai untuk berkahwin dan banyak lagi yang aku tidak tahu. Huhu...tak tahu sangat cuma biasa tengok orang2 datang ke rumah datukku meminta pertolongan betulkan kaki budak2 kecil dan macam2. Alhamdulillah juga kerana datukku adalah kaki surau. Malah datukku amat terkenal kerana usianya yang amat tua lebih kurang 1o2 tahun semasa meninggal dunia.

Mengenang kembali memori silam di alam kanak-kanak bersama datukku. Biarpun usia sudah meningkat tetapi kesihatan dan kekuatan datukku amat baik. Datukku adalah seorang petani dan selalu menanam sayur-sayuran di halaman rumahku dengan bantuan ibuku yang dipanggil emak. Malah, kami adik-beradik sentiasa menolong menjaga kebun tersebut dengan menyiram atau membungkus sayuran tersebut agar tidak digigit atau dimakan oleh serangga dan burung. Di antara sayuran yang ditanam seperti petola, kacang bendi dan timun. Selain itu juga, datukku memelihara beberapa ekor lembu. Oleh itu, aku sudah biasa dengan haiwan bernama lembu walaupun diri ini tidak memakan daging selain daging ayam sahaja. Bukan memilih yea...tapi dah suratan takdir tidak boleh makan daging lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Orang cakap diriku rugi tidak makan itu semua...tapi diriku ok je, tak kisah cz dah memang tak boleh dan tak teringin pun untuk memakannya. Kembali kepada lembu2 datukku...aku juga telah biasa dengan lembu yang melahirkan anak. Huhu..teringat pulak pada anak lembu yang comel.

Semasa diriku sekolah rendah dahulu, datukku sakit. Maka, lembu2 datukku dijaga oleh pak saudaraku tetapi lama-kelamaan telah dijual. Datukku seorang yang mementingkan pelajaran. Oleh itu, datukku sentiasa berpesan agar belajar rajin-rajin. Abangku pula adalah remaja yang ramai kawan dan sering keluar. Oleh itu, datukku tidak suka kerana nak suruh study je.Tetapi, datukku amat suka jika kawan abangku datang bawa buku. Datukku selalu tanya kalau abangku keluar dengan kawannya adakah kawannya bawa "book". Hm, orang tua-tua panggil book tak panggil buku. Malah, datukku telah berjanji akan memberi hadiah sekiranya dapat result nombor 1,2 @ 3 sewaktuk kami adik beradik sekolah rendah dahulu. Maka, sewaktu darjah 4 diriku telah mendapat nombor 3 dan tidak disangka-sangka datukku telah membelikan sebuah basikal berwarna merah untukku. Alhamdulillah, dengan basikal tersebut keluargaku menumpang tuah sekali.

Oh..terlalu banyak memoriku bersama arwah datuk. Sewaktu diriku berumur 6-9 tahun agaknye...kami sekeluarga selalu picnic di dusun datukku yang dipanggil "dalam teluk". Di dusun tersebut terdapat pohon durian, pokok getah, pokok rambutan, pokok duku, langsat dan sebagainya. Biasanya kami hanya berjalan kaki ke sana yang terletak lebih kurang 3oo m dari rumah. Hm...di sana kami selalu mandi manda. Pengalaman sewaktu di sana, aku pernah digigit tebuan. Sebenarnya tebuan tu tak nak gigit akupun. Kisahnya begini...abangku yang nakal itu (5 thn dariku) telah mengusikku dengan menghalakan tebuan ke arahku sewaktu di bawah bangsal. Yang lucunya tebuan tersebut tidak menggigit diriku tetapi lama kelamaan tindakan abangku telah menyebabkan tebuan tersebut menggigitku. Maka, seperti dicucuk jarum aku terus menjadi lemah kerana bisa tebuan itu. Selepas itu, abangku ketakutan dan menasihatiku agar berdiam diri agar tidak dihebohkan kepada keluargaku..Huhu...kesiankan! rasa nak demam waktu itu tapi alhamdulillah tak demam pun lepas peristiwa itu. Peristiwa ini satu-satunya diriku digigit binatang kerana biasanya diriku tidak pernah terkena gigitan seperti lebah. Huhu...diriku pernah terkena sengatan "peringat" ketika diriku menebas samak samun di halaman rumahku sewaktu aku sudah besar menjadi dewasa. Heheeeee....

Berbalik semula kepada datukku...aku merupakan pelajar sekolah menengah agama apabila telah berusia 13 tahun. Jarak dari sekolahku ialah 12km yang memaksaku tinggal di hostel. Waktu itu, akulah satu-satunya dalam keluarga yang tinggal di asrama. Yelah...nak ulang-alik amat susah. Apabila aku berumur 17 tahun...datukku sekali lagi sakit kuat. Biasalah penyakit orang tua. Pada waktu tersebut aku akan menduduki exam SPM. Oleh itu, diriku amat sedih dan bimbang akan kesihatan datukku. Malah, aku berhasrat ingin menganugerahkannya dengan kejayaanku dalam Spm. Akhirnya aku telah selesai menghadapi exam spm dan terus pulang ke rumah. Jarak rumahku dengan datukku amatla dekat. Oleh itu, sepanjang cuti aku menjaga datukku yang sakit. Datukku tinggal keseorangan dirumahnya setelah pak saudaraku yang bongsu berpindah rumah sewaktu aku sekolah rendah dahulu. Jadi, keluargakulah yang menjaganya. Kemudian, aku bersyukur datukku telah kembali sihat. Masih terbayang di ingatanku datukku berjalan dengan tongkat ke surau selepas dirinya separuh sihat. Malah kalau tak silap, bermula dari sakit inilah datukku mula menggunakan tongkat. Alhamdulillah sangat datukku telah sembuh sepenuhnya.

Setelah beberapa bulan, result SPM keluar dan aku bersyukur denga pencapaianku. Akhirnya aku ditawarkan diploma Pentadbiran Islam di Udm yang dulunya dikenali Kusza. Namun, diriku tidak teruju untuk belajar di sana dan ingin sambung ke form 6. Memang waktu itu, dugaan amat kuat kerana keputusanku mendapat tentangan saudara maraku. Namun, aku tidak pedulikan mereka dan akan ku buktikan STPM ku nanti melayakkanku ke IPT. Sebenarnya, aku pun think positif cz diorang takut aku tak mampu ambil form 6. Yelah..abangku pernah ambil Stpm 2 x. Nak buat cam ne dah tak ada rezeki. Seingatku, datukku tidak berkata apapun. Sewaktu nk sambung form 6, aku pun dilema nak sambung sekolah lama ambil course agama, kalau sambung sekolah biasa aku boleh ambil course akaun. Namun, akhirnya aku memilih sekolah lama kerana diriku bertekad untuk mengaut ilmu agama dahulu barulah ilmu-ilmu lain.

Dipendekkan cerita...Alhamdulillah result stpmku telah melayakkanku menyambung pengajian di UKM. Kalau stpm dahulu ambil Sejarah, Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan P. Am tetapi kini aku ditawarkan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah. Aku menerima seadanya tawaran tersebut kerana mungkin course tersebut adalah terbaik untukku. Alhamdulillah kami seramai 5 orang telah ditawarkan oleh ukm. 2 orang termasuk diriku ambil Usuluddin, 1 orang lagi ambil Syariah, 1 orang (lelaki) dapat course Quran Sunnah dan sorang lagi FSSK course kerja sosial. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah lebih kurang 3 minggu sebelum mendapat tawaran tersebut, datukku telah diserang penyakitnya semula. Malah datukku telah diserang penyakit nyanyuk. Sejak dari itulah datukku tidak lagi solat dan makan bersuap. Kemudian adik-beradik emakku telah bergilir-gilir mengambil datuk untuk dijaga. Tidak lama kemudian rumah datukku telah di sewa oleh tuannya yang asal iaitu pak saudaraku yang bongsu. Kami sekeluarga memang amat sedih untuk melepaskan rumah tersebut tetapi apakan daya.

Seterusnya, aku telah mendaftar di ukm tanpa pengetahuan datukku. Namun, ku kira datukku mengetahuinya walaupun dirinya dalam keadaan separa sedar. Sewaktu sem 2 datukku telah sakit. Maka aku bergegas pulang bersama abangku. Kami berdua sampai dirumah pada malam tersebut dan melawat datukku di rumah pak saudaraku pada keesokan hari. Kemudian pada malam tersebut kami berdua terus bertolak ke Kl semuala. Sememangnya banyak kelas yang ku tinggal dan telah di marahi oleh Madam kerana tidak memberitahunya awal-awal. Ini adalah kerana aku sepatutnya membuat speech pada petang waktu aku balik ke kampung. Namun, setelah membuat surat (Bi) Madam menerimanya dan aku telak membuat speech tersebut. Setelah dekat seminggu kemudian datukku telah meninggal. Jadi, walaupun aku tak dapat balik sewaktu datuk meninggal, sekurang-kurangnya aku sempat bertemunya seminggu yang lepas.

Alhamdulillah sekarang ni dah sem 3 dan tengah exam. Tetapi satu penyakit telah menimpa diriku iaitu penyakit malas. Ya Allah! ampunkan diriku ini kerana lalai terhadap tanggungjawabku yang sebenar.... Walau apapun, diriku ini berhasrat untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah...

Setakat ini sahaja coretan dari diriku yang dhaif ini. Begitu banyak memori dalam kalbu dan ingatanku ini tp tak dapat diluahkan melalui tulisan lagi. Maafla tak ikut kronologi yang betul. Akhir sekali minta maaf banyak2 jika ada tersalah taip, tersalah ayat atau apa saja. Sekian...


Selasa, 3 November 2009

RAHSIA NOMBOR 11

Perkara ni rasanya dah ramai yang tahu cz dah agak lama. Tapi xpe, sekadar berkongsi dan mengingatkan kembali apa yang menimpa umat Islam kini.

Rahsia disebalik nombor 11

Pertama:

- New York City’ mempunyai 11 huruf
- ‘Afghanistan mempunyai 11 huruf
- ‘Ramsin Yuseb’ mempunyai 11 huruf (seorang pengganas yang dikatakan kononnya pernah mengancam US untuk menghancurkan WTC Twin Towers)
- ‘Goerge W Bush mempunyai 11 huruf


Kemudian...Perhati baik2!


- New York adalah negeri ke-11 dalam USA
- Kapal terbang pertama yang merempuh Twin Towers adalah kapal terbang nombor 11

- Kapal terbang pertama tersebut mempunyai 92 penumpang. Maka, 9+2=11
- Kapal terbang kedua yang merempuh Twin Towers adalah kapal terbang nombor 77 yang mana berlaku selepas 7 saat kapal terbang pertama merempuh. Maka, 77/7=11

- Kapal terbang kedua tersebut mempunyai 65 penumpang. Maka, 6+5=11
- Tragedi tersebut berlaku pada 11 September, ataupun 119. Maka seperti mana yang kita tahu, 9+1+1=11
- Tarikh tersebut sama dengan servis kecemasan USA, Rescue 911.

Makin menarik….Tengok betul2!
- Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedy tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11
- 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=
11

- Peristiwa bom yang besar yang berlaku di Madrid selepas daripada New York
ialah pada 3/11/2004.
Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
- Tragedi di Madrid tersebut berlaku 911 hari selepas peristiwa di New York

-Tragedi yang terjadi adalah pada 9/11/2001. Dan Twin Towers tersebut mempunyai 109 dan 110 tingkat. Malah, dalam al-Quran telah disebutkan tentang perkara ini. Menakjubkan... !Cuba lihat Surah ke-9, Juzuk ke-11 pada ayat ke109 dan ayat 110 yang bermaksud:

109. Maka adakah orang yang membangunkan Masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan Masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

110. (Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) Dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Akhirnya…try antum buka Microsoft Word, taip Q33 NY, iaitu no plat kapal terbang yang merempuh Twin Towers.

Kemudian highlightkan ke font size 48

Tukarkan font ke Wingdings yang bermaksud “sayap yang berbunyi seperti loceng”

Sekarang tengok apa hasilnya:

Apa maksudnya…tersurat atau tersirat?? Adakah ini agenda Yahudi…?



Adoi...xdapat nak masukkn video wtc_11 sept...berat sangat!
k,setakat ini jee...

Isnin, 2 November 2009

PERSAHABATAN...part 2

sambung dari part 1...Friends

SAHABAT, SADIQAH, FRIEND....

Sahabat itu satu perhubungan antara manusia sesama manusia yang dikenali sebagai حبل من الناس.
Sahabat ini tidak kira sesama lelaki atau perempuan, namun batas pergaulan (ikhtilat) perlu dijaga.
Sabda Rasulullah saw: tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri.

Malah tidak dinafikan dalam perhubungan tersebut kita mempunyai satu perasaan yang sukar digambarkan..iaitu perasaan sayang menyayangi. Persahabatan banyak mengajar kita erti kehidupan agar kita saling bersabar, menasihati, serta saling membantu dalam menempuh liku-liku kehidupan. Ketika kita suka, dialah tempat berkongsi kegembiraan...begitu juga sebaliknya ketika duka dialah penawar.

Oleh itu, sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama kita suka duka, tidak meninggalkan kita keseorangan, malah membimbing kita ke jalan yang diredhai. Oleh itu sahabat2 carilah sahabat yang mampu mengajak serta membimbing kita agar dapat mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Namun, jangan ditinggalkan mereka yang terkapai-kapai kerana kitalah penolong mereka agar tidak tersasar dari jalan yang lurus.

Bersahabat dengan orang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan tukang minyak wangi dan tukang besi. Sekiranya kita tidak membeli minyak wangi daripada tukang tersebut sekurangnya kita akan terkena baunya. Namun, jika berkawan dengan tukang besi, sama ada baju kita terkoyak kerana api ataupun baju menjadi hapak....RIWAYAT ABU DAUD