Pengikut

Rabu, 26 Oktober 2011

ISU-ISU AKIDAH




Assalamualaikum wbt...Alhamdulillah dengan izin-Nya kami telah berpeluang ke Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2011 sempena SEMINAR 1MALAYSIA GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN 2011.

Objektifnya ialah:
1. Memberi pendedahan tentang usaha-usaha dan dakyah pihak tertentu dalam
usaha merosakkan akidah pelajar di sekolah.

2. Membekalkan ilmu pengetahuan dan kaedah kepada guru Pendidikan Islam di sekolah
dalam usaha menangani dakyah tersebut dengan cara bijaksana dan berkesan.

3. Mendedahkan kepada guru Pendidikan Islam tentang cabaran-cabaran yang
terpaksa ditempohi dalam usaha membangun modal insan yang berkualiti.

4. Menjadi medan untuk bertukar pendapat, pengetahuan serta merapatkan
hubungan silaturrahim dikalangan guru Pendidikan Islam dalam mencapai Wahdatul Ummah.

Saya bersama Fatin Nabilah telah mengikuti Program tersebut di atas ajakan Al-Fadhil Ustaz Rashidy Bin Jamil (JAKIM) selaku pembentang Kertas Kerja dan ahli Panel Forum tersebut.
Tugas kami berdua ialah menjual buku hasil karya Ustaz Rashidy Jamil. Oleh itu, kami tidak berpeluang untuk sama2 mengikuti perjalanan program tersebut. Namun, kami bersyukur kerana dapat juga berkongsi sedikit ilmu bersama para guru di sana.

Alhamdulillah juga kerana hasil jualan membanggakan. Ini menunjukkan para guru begitu komited dan peka terhadap isu semasa berkaitan akidah. Ribuan terima kasih juga kepada Ustaz Rashidy Jamil kerana telah menghadiahkan 4 buku beliau kepada kami.

Antara buku yang dijual hasil karangan Ustaz Rashidy Jamil:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan