Pengikut

Isnin, 19 April 2010

sekolahku....kebanggaanku!

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF (SMAM), BESUT TERENGGANU

Saat terkenangkan tempat yg ku belajar suatu masa dahulu. Di mana diri teraba-raba dalam kegelapan, lantas kucuba menggapai cahaya walaupun ianya sukar. Disinilah ku belajar apa itu bahasa Arab, apa itu IT, dan apa sahaja yang belum ku kenali di dunia baruku. Hari pertama di hantar ke asrama bukanlah mudah bagiku untuk ditinggalkan begitu sahaja oleh ibuku. Namun, kukuatkan azam dan tekad bahawa inilah jalan yang akan ku lalui dan tempuhi sama ada suka atau duka.

Malah, kerana perubahan pimpinan kerajaan pada tahun pertamaku, kami pelajar perempuan telah diasingkan daripada kaum Adam dengan sekolah yang berbeza. Wah! Cuba bayangkan apa yang terjadi??? Semestinya diriku seronok kerana amat mudah untuk menjaga adab pergaulan sesama perempuan. Malah, tanpa kaum Adam kami bebas untuk berbuat apa sahaja sehinggakan bulan puasa pun amat mudah bagi kami untuk makan di dalam kelas. Tetapi, kaum Adam dari kalangn senior tetap ada kerana batch kami je perempuan.

Saat indah apabila subjek I’dadi iaitu Tafsir, Hadis, Fiqh dan lain-lain lagi telah diwajibkan kepada kami pada ting 1. Namun, pembelajarannya selama 3 tahun tidak ku merasa jemu walaupun sesekali kesukaran dan kepayahan itu terasa di sudut hatiku. Apabila genap 3 tahun, kami kemudiannya di uji dengan Peperiksaan I’dadi yang akan menentukan kesan pembelajaran sebelum ini. Alhamdulillah, keputusannya bagiku memuaskan walaupun diriku bukanlah yang terbaik. Oleh itu, tahniah kuucapkan buat sahabat2 yang mendapat Mumtaz, Jayyid Jiddan dan Jayyid. Kepada yang tidak bernasib baik, teruskan perjuangan ini kerana jatuh bangunnya manusia adalah suatu perkara biasa dalam kehidupan.

Pada tahun tersebut, selepas Peperiksaan I’dadi kami sekali lagi bersengkang mata demi PMR yang bakal tiba. Kalau tidak silap perkiraanku, peperiksaan I’dadi dan PMR hanya berjarak 3/4 bulan kot! Selesai exam I’dadi amatlah lega untuk ku fokuskan kepada PMR pula. Hm…teringat kembali kami selalu di denda dengan pelbagai bentuk sama ada kerana kerja x ciap atau kerana dapat markah rendah. Malah masih terngiang-ngiang di mindaku suara guru2 mengajar pada ketika itu. Antara subjek yang paling kuminati ialah Sejarah walaupun ramai yang tidak menyukainya.

Apabila masuk ting 4, kami mula dipisahkan mengikut course masing2. Saat itu, diriku berada dalam kelas yang kedua kerana mata pelajarannya adalah Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan. Waktu itu seperti ingin turun kelas kerana kelas ketiga mempunyai subjek Perdagangan dan Prinsip Akaun. Namun, untuk ku jejaki kelas pertama iaitu kelas Sains adalah mustahil bagiku kerana subjek matematik tidak berapa ngam dengan diriku. Hm…sangat seronok kami belajar akaun sehinggakan kawanku dari kelas sains berminat untuk mempelajarinya.

Pejam celik….siang malam, maka tibalah exam SPM. Alhamdulillah, keputusannya agak baik walaupun diriku sedikit kecewa. Dipendekkan cerita, ramai di antara kami sambung ting 6. Memori lower n upper 6 amat indah. Saat kami bersama amat manis buatku. Pelbagai liku2 kami tempuhi. Hm, waktu itu batch kitoranglah yang membuka ting 6 selepas ting 6 ditutup 1 tahun. Kenape ye? Lupe r…Ooo..wktu itu kerajaan negeri yang baru telah hadkan ting 6 hanya di SMASultan Zainal Abidin(SMAZA), Batu Buruk. Namun, pada tahun kami, ting 6 dibuka semula di SMAM dan SMAZA hanya untuk STAM. Pada tahun kami juga hanya 2 orang sahaja lelaki yang ambil STPM disekolahku kerana rata-rata dari kalangan mereka telah berpindah ke sekolah di Kuala Terengganu.

Begitulah alkisah kehidupan di SMAM. Terlalu banyak!. Saat diriku sebagai ajk koperasi sekolah, kehidupan di hostel, sebagai wakil musabaqah dan pelbagai lagi. Kini, ku teruskan langkah demi sebuah perjuangan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan agama. Insyaallah…

Hari ini, daku merupakan salah seorang pelajar di UKM . Cuti sem ni adalah satu ujian ke atas diriku kerana Latihan Amali Industri ataupun praktikal diwajibkan kepada kami .Tempat yang kupilih ialah Pejabat Agama Kg.Raja yang mana berhampiran dengan sekolahku SMAM. Agak memenatkan juga kerana kami praktikal dari 2 Mei-11 Julai. Maka, kami terpaksa bergegas pulang sedangkan exam terakhirku pada 29 April.

Masih ku bernafas dalam kepenatan kerana terpaksa memunggah barang2 yang banyak ke stor kolej di depan bukannya seperti kolej2 lain yang disediakan stor di blok masing2. Setiap barang yang ingin disimpan juga mesti ditempah dengan bayaran…huh! Itulah rungutan kami semua..asyik2 bayar!.
Setakat ini sahaja kisahku yang serba ringkas….ye k???

Sekolah ku sekolah agama,
Setiap peristwa berlaku akan cuti,
Sekolahku ini sudah lama,
Telah menabur jasa dan bakti.


Apabila didenda kena berdiri,
Mulalah kami keletihan,
Takkan terbalas segala budi,
Ianya terserah kepada tuhan.

Namun, doa sentiasa ku panjatkan,
Agar guru2ku bahagia sentiasa,
Keberkatan dari mereka kuharapkan,
Moga kami diampunkan segala dosa.
inilah sebahagian dari ribuan guru2ku...maafla cikgu, ramai yg x ada dalam ni, jgn terasa......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan