Pengikut

Khamis, 15 Oktober 2009

sajak peringatan

hari ini ramai yang tertanya-tanya,
malah ada yang terpinga-pinga,
di manakah kita berada,
benarkah sekadar dunia.

kini....
apa yang perlu dibuat.
fikir sebelum terlambat,
perlukah dirawat,
apakah dianggap terlewat.

ingat....
apakah matlamat kita dijadikan,
dunia ini memang mengasyikkan,
tapi ianya bukan alasan,
untuk lari dari landasan.

namun...
masih ramai yang leka,
kabur akhirat dengan dunia,
kerakusan bermaharajalela,
di sana sini kekejaman dan penindasan.

namun...
apa yang dapat dilakukan,
demi untuk menjayakan,
bukan sekadar sendirian,
malah berkumpulan,
bersama-sama memimpin,
menegakkan hukum tuhan.


ikutilah...
ajaran Rasul yang tercinta,
al-Quran dan Sunnah mesti di sanjungi,
hukum syariat perlu dijaga,
bukalah minda dan bukalah hati,
semoga kan dimiliki syurga,
apabila akhirat menanti.

DUHAI SAHABAT....
jangan kita sesekali ingkar perintah tuhan,
kelak kita bakal menerima balasan,
diturunkan al-Quran bukannya sebagai hiasan,
tetapi satu mukjizat dan panduan dari tuhan,
marilah kita baca,hayati dan tekankan,
dalam kehidupan kita seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan