Pengikut

Ahad, 6 September 2009

Nuzul Quran atau Lailatul Qadar


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Pada bulan ini telah berlakunya pelbagai peristiwa dalam sejarah Islam. Antaranya:

1. 17 Ramadhan merupakan peristiwa Nuzul Quran iaitu penurunan wahyu pertama Rasulullah saw di Gua Hira'. Ini berikutan turunnya surah IQRA' ayat 1-5. Terdapat tiga peringkat penurunan al-Quran. Penurunan pertama al-Quran ialah daripada Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu tempat yang paling mulia yang mana terkumpul segala ketentuan Allah kepada makhluknya. FirmanNya dalam surah al-Burujj ayat 21:" بل هو القران مجيد" . Kedua, al-Quran diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuh ke Baitul Izzah di langit dunia. FiramanNya dalam surah al-Qadr ayat 1" Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam lailatul qadar". Kemudian dari Baitul Izzah kepada Rasulullah saw secara beransur-ansur selama 22tahun 2bulan 22 hari. Ini merupakan pendapat yang paling sahih.



2. Terdapatnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan . Diterangkan dalam surah al-Qadr ayat 1-5. Pada malam ini malaikat turun ke bumi dengan mengembangkan sayapnya. Pada malam tersebut malaikat memberi salam kepada mereka yang berjaga malam mengerjakan ibadah serta mengaminkan doa mukmin sehingga terbit fajar subuh. Malam kemuliaan ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Terdapat pendapat yang mengatakan peristiwa lailatul Qadar pada malam kesepuluh terakhir bulan Ramadhan. Daripada Aisyah " Rasulullah saw beriktikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan dan Baginda bersabda: Carilah malam lailatil Qadar di (malam ganjil)pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan". ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ).

"Apabila tiba bulan Ramadhan di buka pintu-pintu Syurga dan di tutup segala pintu Neraka dan diikat segala Syaitan. (Daripada Abu Hurairah. Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Nasa'ie).

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampuni dosanya yang lalu". ( Daripada Abu Hurairah. Riwayat Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi ).

Kesimpulannya Nuzul Quran dan lailatul Qadar amat penting untuk dihayati kembali. Penurunan al-Quran adalah sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia dan merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw. Kalam Allah ini dapat menenangkan jiwa dan menggetarkan hati bagi mereka yang merasainya. Oleh itu, di bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan dengan solat sunat, zikir, sedekah, baca Quran dan sebagainya. Maka, dengan amalan tersebutlah kita persembahkan kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani agar diterima taubat dan diredhai amalan yang dilaksanakan. Moga-moga dengan amalan tersebut kita salah seorang yang akan merasai peristiwa lailatul Qadar. AMIN...

Sekadar berkongsi untuk mentarbiyahkan diri. Kemaafan dipinta andai tersalah fakta atau apa sahaja. Ana cuma ingat2kan kembali apa diingati agar antum semua dapat bimbing diri yang lemah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan