Pengikut

Ahad, 27 Disember 2009

SALAM HIJRAH 1431...TAHUN BARU 2010


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H DAN TAHUN BARU 2010

SEJARAH MUHARRAM

Muharram ( ) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah. Pada asalya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun, demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. (al-Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut. Kemudian,Rasulullah SAW telah menamakan buLan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Daripada Hasan al-Basri: “Sesungguhnya Allah SWT telAh Membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah terdapat bulan yang lebIh mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besar kehormatannya.”

Rasulullah saw bersabda:
” Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”
”Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat dan dikurniakan paHALA 10 ribu syuhada’ (mati syahid) dan dikurniakan pahaLA 10 RIBU pahala Haji dan Umrah.”
“ Sesiapa melapangkn kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka Allah melapangkan kesempitannya sepajang tahun tersebut”.
“seafdhal-afdhal puasa selepas bulan Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram.”

KELEBIHAN MUHARRAM
Baginda bersabda” berpuasa SUNAt pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”- RIWAYAT MUSLIM-

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh Kerana Yahudi turut berpuasa pada 10 Muharram, maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.- IBNU ABBAS dalam hadis riwayat Muslim dan Abu Daud-
Selain itu, jika tidak dapat dikerjakan puasa pada 9 Muharram, maka boleh dikerjakan dengan menggandingkan 10 dan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1. Terbunuhnya sadina Hussain (cuc Nabi ) di Karbala’
2. Diterima taubat Nabi Adam as.
3. Dicipta Nabi Adam as.
4. Dimasukkan Nabi Adam as. Ke dalam syurga.
5. Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan ,bintang-bintang.
6. Dilahirkan Nabi Ibrahim as.
7. Selamat Nabi Ibrahim darpada api Namrud.
8. Selamat Musa dan pengikutnya.
9. Lemas Firaun.
10. Dilahirkan Nabi Isa as.
11. Diangkat Nabi Isa as ke langit.
12. Mendaratnya kapal Nabi NUH dengan selamat di atas bukit Judy.
13. Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
14. Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
15. Nabi YaaKUb daPAT melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
16. Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
17. Disembuhkan Nabi Ayyub dari penyakitnya
18. Hujan yang pertama turun dari….(kena rujuk kitab semula)

1 MUHARRAM
Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan hari pertama bagi setiap tahun baru Islam
( KALENDAR hiJRIAH).

TAHUKAH ANDA??????
Perkataa yaum dan al-yaum dari kata (ya-Wa-mim) yang bermakna hari disebut sEbanyak 349 kali dalamal-Quran.
Jika dicampurkan dengan perkataa yaumukum yang bermakna hari (dalam bentuk mansub) disebut sebanyak 16 kali menjadikan jumlahnya 365 kali. Ini bersamaan dengan tahun Masihi (365hari).
Ashabulkahfi (sekumpulaN pemuda BERIMAn yaNG TINGGAl daLAM gua) tidur selama 309 tahun. Dalam al-Quran bilangan 309 disebut (thalatha mi Atin Siniina waZdaDUU tis’a) Yang bermaksud 3o0 taHUN DAN MEREka menambah sembilan. SETElah dibuat kaJIAN terperinci bilaNGAN 300 Tahun Masihi bersaMAAN dengan bilangan 3o9 tahun Hijrah. Sila rujuk surah al-Kahfi ayat ke 25.